assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Jumaat, 3 Julai 2009

renungan bersama pagi jumaat yg mulia ini.


kpd semua akhwah dan akhwat

Maksud firman Allah: Hai orang-orang beriman, Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan jangan kamu turut langkah langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata bagimu . QS. Al-Baqarah (2) ayat 208.

Allah SWT menyeru kepada kaum muslimin agar kaum Muslimin memasuki Islam secara keseluruhannya dan pada waktu yang sama, Allah SWT mengingatkan kepada kaum muslimin agar tidak mengikuti langkah-langkah syaitan.

Berarti dalam kehidupan ini hanya ada dua pilihan yakni :

1. Masuk ke dalam Islam secara total, atau secara keseluruhan.itu bermakna kita mengikut jln Allah.

2. Ambil Islam secara tidak penuh,(pilih yg kita suka shj); itu bermakna kita telah mengikuti langkah-langkah syaitan.

Yang mana apabila dirangkum menjadi 4 pilihan:

1. Petunjuk atau sesat.
2. Islam atau jahiliyah.
3. Jalan Allah atau jalan setan.
4. Petunjuk Allah atau tipudaya setan.

Maka semestinya kita manusia sebagai makhluk yang mempunyai akal fikiran mesti bersikap kritis dengan penjelasan dan petunjuk Allah yang sangat tegas tersebut.

Dan seharusnya kita sebagai manusia dan sebagai kaum Muslimin hendaklah sentiasa waspada dan berhati2 dg sikap, prilaku serta perbuatan yang kita lakukan, agar tdk menyimpang drp jln Allah..

Merupakan satu kewajiban bahawa kita mesti selalu konsisten dengan ucapan, perbuatan dan juga tidak ragu ragu serta tidak kebingungan dalam memilih jalan kehidupan yang telah digariskan oleh Allah SWT yakni jln TAQWA. atau patuh dan taat akan hukum Tuhan Yang Maha Esa.

Apa jadi bila kita memilih jalan syaitan ? :kehidupan akan menjadi porak peranda.
Kezaliman bermaharajalela,maksiat dan munkar merata2,penderhakaan terhadap Allah sgt ketara.Akhir nya bala dan azab Allah akan tiba.

Maksud firman Allah: Sesungguh nya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui;. QS. Al-Baqarah (2) ayat 169.

telah berlangsung sejak lama, perang antara yang mengajak kejalan syaitan, dengan yg mengajak ke jln Allah, masing2 pehak di bantu oleh penyokong masing2.

Tanya diri anda: Anda termasuk penyokong pehak mana?
Andainya anda termasuk kedlm golongan penyokong kpd pejuang di jln Allah,sesungguh nya anda sgt berunung.

Tetapi sebalik nya,jika anda termasuk dlm golongan penyokong yang memperjuangkan jln syaitan,maka anda kerugian besar.Di akhirat nanti azab yg sgt pedih.

oleh itu,mari kita berbuat yang terbaik dan mari kita bantu agar Agama Allah ini dapat di tegakkan demi utk kebaikkan kita di dunia dan di akherat.
Back to top
View user's profile Send private message

Tiada ulasan:

Catat Ulasan