assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Isnin, 15 Jun 2009

Pengarah JKR menghina Institusi Ukur

Posted by Paktam
Oleh tenang

"

Pengarah JKR Menghina

Anda terlibat dalam bidang surveying sila baca sini.

Dato' Prof. Ir. Dr. Wahid bin Omar, Ketua Pengarah Kerja Raya Menghina Institusi Ukur Tanah

Saya ingin menarik perhatian kepada sesiapa jua yang terlibat secara langsung atau tidak dengan kerjaya dalam bidang ukur tanah (Surveying) atau sekarang disebut Geosains Informasi supaya meneliti dengancermat Penghinaan yang dilakukan oleh yang dilakukan oleh Ketua Pengarah JKR Malaysia.

Baru baru ini saya telah menghubungi beliau untuk mendapatkan maklum balas mengenai pembinaan slope(backfill slope) samada dimulakan dari atas turun kebawah atau sebaliknya. Ini kerana kontraktor ditapak pembinaan melakukan kerja penambakan dari atas turun kebawah ,yang bertentangan dengan amalan sepanjang pengalaman 20 tahun bekerja ditapak pembinaan sebagai jurukur.

Alangkah ..sedih dan malunya jawapan yang diberikan..penuh dengan penghinaan
.
Wahid Omar to me show details Jun 11 (1 day ago) Reply
Walai kum salam,
I suggest you apply for civil engineering courses as I have no time to teach you geotechnical engineering, Selalu nya orang yang buat surveying orang yang tak dapat masuk ke fakulti kejuruteraan kerana otaknya kurang cerdik. 2009/6/11 :

Maknanya ,Maksudnya,Intipatinya,Tafsirannya…

Sesiapa jua manusia diatas muka bumi ini yang belajar atau terlibat dengan surveying adalah otaknya kurang cerdik. Golongan yang sedang dan pernah belajar surveying di UTM,UiTM,Poly, di London keAustralia , dan mana mana pusat pengajian didunia ini adalah pelajar atau manusia yang otaknya kurang cerdik.

Termasuklah pensyarah saya di UTM dulu ,spt Tuan Baharum ,En. Kamarudin, En.KamaruzamanEn.Wan Aziz Wan Mohd Akib , seluruh pensyarah ukur di UTM UiTM ,poly dan sebagainya adalah kategori manusia yang otaknya kurang cerdik.

Mereka mereka yang berdiploma ,berijazah,berdoktor ,bersijil dlm bidang surveying adalah otaknya kurang cerdik.
Penulis penulis buku tentang surveying adalah manusia awal yang dikategorikan sebagai manusia otaknya kurang cerdik.

Hinanya Dato' dato' professor dalam bidang surveying ini dikategorikan otaknya kurang cerdik .

Ketua Pengarah Jabatan
Pemetaan Negara ,Ketua Pengarah Ukur Negeri, Jurukur jurukur berlesen yang ada di Malaysia ini adalah manusia yang otaknya kurang cerdik.

Pengarah serta kakitangan Lembaga Jurukur Tanah jua otaknya kurang cerdik. Saudara seperjuangan yang bertugas dalam bidang ukur Jurukur berlesen ,di tapak pembinaanadalah otaknya kurang cerdik.

Jurukur jurukur yang sedang bertungkus lumus menyiapkan Projek Gamuda (Double Track) ,jambatan P.Pinang dan sektor pembinaan yang lain adalah dari jenis manusia otaknya kurang cerdik.

Apakah lebih malang lagi kebawah DYMM sultan sultan yang menganugerahkan Ijazah serta Ijazah Kehurmatdalam bidang ukur kepada pelajar pelajar dikira bersubahat dengan pelajar dengan otaknya kurang cerdik.

Maka apabila kita terpandang sahaja Jurukur sedang bertugas ditepi jalan, tapak pembinaan dan sebagainyaitu adalah orang otaknya kurang cerdik.

Malanglah ibu ibu yang melahirkan anaknya kemudian menyambung pelajaran dalam bidang surveyingyang begitu berjasa kepada tamadun pembangunan manusia sejak ribuan abad di kategorikan sebagai otaknya kurang cerdik.

Mereka mereka yang bertungkus lumus menghasilkan pelbagai jenis plan, CP,topo,sheet .geran tanahdan sebagainya yang nilai hasil kerja mereka berbillion - trillion ringgit adalah otaknya kurang cerdik.

Saya berkesimpulan dari ayat yang ditulis oleh Wahid ini ialah ..sesiapa yang tak dapat masuk ke fakulti kejuruteraan adalah otaknya kurang cerdik ..hanya fakulti kejuruteraan otaknya cerdik.
Malang lah pelajar jurusan Laws, Banking, Pertanian,dan kursus lain selain dari kejuruteraan adalah otaknya kurang cedik.

Dia lupa seorang manusia yang menjadikan dia kenal kejuruteraan .GURU.Malang GURUnya juga dikategorikan otaknya kurang cerdik kerana gagal memasuki fakulti kejuteraan.

Jelas perkataannya ..sombong dan takbur..lantas menghina orang lain.

Sepatutnya dia hanya membrikan jawapan pembinaan slope seperti itu dimulakan dari atas atau bawah. sudah mencukupi. Tapi lebih suka membiadap orang lain.

Beliau lupa Unit Ukur di JKR dibawah pentadbiran beliau adalah otaknya kurang cerdik.
Saya boleh memanjangkan tulisan ni dengan peranan dan jasa jurukur.

Hanya secara ringkas saya katakan dia tidak punya rasa malu geran tanah bapak dia pun adalah hasil titik peluh mereka yang terlibat dengan ukur.

Dia tak malu tengok satelite, gps, google earth dan semua plan survey yang digunakan untuk kerja kerja kejuruteran. Hatta pengajian geotech itu sendiri memerlukan data survey.

Saya serahkan kepada Dato' dato professor,Pensyarah,Tutor, Pelajar,Rakan seperjuangan di Jabatanukur , Jurukur Berlesen dan mereka yang berada ditengah panas membantu pembangunan negaramelalui bidang ukur ini memberi pandangan.

Inilah manusia apabila allah kurniakan sedikit ilmu sudah menjadi bongkak.

Mungkinkah kerana OTAKNYA TERLEBIH CERDIK maka runtuh disana retak disini.

Sekianlah .Wassallam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan