assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Khamis, 18 Jun 2009

Ust Nasa perlu berjumpa Mursyidul Am

Posted by KetamBatu
Pendapat Oleh: WFAUZDIN NS

KEMELUT isu tentang Kerajaan Perpaduan masih belum selesai. Bunyinya cantik iaitu `Kerajaan Perpaduan' tetapi baunya sudah dapat dihidu oleh ramai orang. Berbagai tafsiran telah dibuat tentang isu ini dan ada pula yang cuba menambahkan beberapa `aksesori' bagi menampakkan Kerajaan Perpaduan bersama Umno ini amat indah seolah-olah inilah cara dan kaedah yang dituntut oleh Islam yang diperjuangkan oleh Pas.

Maka, PKR dan DAP kini mula merasa bahawa Pas ingin `memadu'kan mereka dengan parti yang selama ini banyak menganiayai mereka termasuk Pas sendiri.


Semua faham dan mengerti bahawa Kerajaan Perpaduan bukan bermaksud untuk Pas memasuki Umno atau Bn. Tetapi, mengapa ada tentangan juga? Ramai yang menentang adalah kerana mereka mengenal Umno sejak lama lagi bahkan sehingga sekarang pun Umno masih tidak berubah. Pakatan pembangkang dan negeri-negeri yang diterajui oleh pembangkang masih terus dianiayai oleh Umno sehinggakan ada yang telah di`jajah' oleh mereka. Oleh sebab itu, tidak termasuk akal oleh sesiapa yang berakal untuk mengadakan kerjasama dengan Umno. Sekiranya perlu berunding, sememangnya PR telah lama bersetuju untuk berunding dengan Umno/Bn atas beberapa isu pokok. Tetapi mengapa sehingga kini PR tidak dijemput untuk berunding? Mengapa Umno terlalu `berselera' menyambut cadangan Pas sahaja? Ada udang di sebalik batu, mungkin.

Saya merasa sedih juga apabila Us Nasha diberi teguran `amat pedas' oleh Mursyidul Am tentang isu ini. Jika sebagai anak, boleh diumpamakan Us Nasha kini telah di`rotan' oleh bapanya kerana dilihat seperti degil. Sehinggakan bapa boleh berkata, Us Nasha boleh tinggalkan `rumah' jika teringin sangat duduk bersama dengan rumah yang penuh dengan berbagai bahaya dan`berpuaka' itu. Tidak salah Mursyidul Am berkata sedemikian kerana sudah beberapa kali beliau berkata lembut secara sindiran sebelum ini.

Kepada Us Nasha, bermuhasabah di atas apa yang berlaku adalah penting untuk menghuraikan kekusutan ini. Adalah amat baik, bijak dan berhemah jika beliau sendiri patut dan wajar berjumpa Mursyidul Am untuk memperkatakan apa yang perlu diperkatakannya. Jika beliau merasa bersalah atau tersilap, beliau boleh memohon maaf. Begitu juga, jika Mursyidul Am merasa beliau tersalah anggap kepada `anak'nya beliau juga boleh meminta maaf. Lupakan sahaja segala bentuk tawaran dari Umno seperti yang ditawarkan oleh Umno Cheras. Us Nasha tidak sesuai untuk berada di dalam Umno terutamanya Umno Cheras yang diketuai oleh seorang Syed yang secara terang-terangan menyokong Akta ISA yang zalim itu. Jangan dipedulikan apa yang dicadangkan oleh MSO (Mohd Sayuti Omar) di dalam blognya agar Us Nasha meletakkan jawatan sebagai MP Bachok. Siapa tidak kenal MSO?

Kenyataan Mursyidul Am itu bersyarat dan wajar difahami sepenuhnya. Kini, terpulang kepada Us Nasha untuk menimbang semula apa jua tindakan beliau selepas ini. Saya percaya, tidak mudah untuk menidakkan selepas ini akan timbul suara-suara bahawa Mursyidul Am terlalu fanatik dengan PKR dan DAP. Tetapi, patutkah juga kita terlalu fanatik dengan Umno/Bn? / wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Nak katakan PAS bangang tak jugak. Nak kata PKR bangang tak jugak dan nak katakan DAP bangang tak jugak. Tapi ada pemimpin-pemimpin dalam gabungan PR ini yang tolol.

    UmeNo karat ni akan memainkan isu-isu yang sensitif untuk memecah-belahkan PR. Itu pun korang yang bijak-pandai yang ada dalam gabungan PR pun tak boleh fikir. Kan ke bengap dan tolol namanya tu.

    Disebabkan satu dua orang yang bercita-cita besar,keadaan semakin kelam kabut. Kalau Nasa atau kuncu-kuncu seangkatan dah berminat nak jadi PM atau TPM tolong tinggalkan PAS, ikutlah jemputan ketua pemuda UmeNo karat tu. Aku setuju TGNA tegur si Nasa tu. Bila ahliahli dah berikan kepercayaan untuk memimpin gunakan kebijaksanaan untuk memimpin.

    Celakalah hidup kau Nasa dan kuncu-kuncyu kau yang menaruh minat untuk UG dan celakalah hidup kau kalau kau dan kuncu-kuncu kau ada niat nak memporak-perandakan PAS.

    BalasPadam