assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Isnin, 15 Jun 2009

Tazkirah 1 buat pejuang Islam

Posted by KetamBatu

Pendapat Oleh: salmanalbustaniy

"Salam sejahtera buat sahabat pejuang". Perjuangan menegakkan syariat Allah Taala bagi memastikan kemakmuran dan keadilan meratai muka bumi Malaysia khususnya penuh dengan ujian. Benarlah maksud firman Allah Taala : " Kalaulah perjalanan mencapai kemenangan itu dekat dan tidak perlu bersusah payah, suda pasti mereka mengikut mu wahai Muhammad! ".

Lumrah perjuangan menegakkan syariat Allah mesti menempuhi liku-liku ujian. Ujian dengan pihak musuh yang terang lagi nyata dan ujian dengan pihak pemuka yang kabur dan mungkin gelap gelita.


Lantaran itu pejuang Islam perlulah menjernihkan hati, minda dan emosi dengan santapan rohani. Santapan rohani ini bukan hanya dengan ceramah politik yang digabungjalinkan dengan kuliyah ustaz-ustaz di pentas ceramah mahupun surau masjid, malah ianya sangat berkait dengan hubungan hamba dengan Pencipta di malam hari. Di saat musuh-musuh Islam diulit kemewahan, keseronokan, kenikmatan, kemaksiatan, kelalaian, di saat itulah sepatutnya pejuang Islam mampu membezakan maruah diri dan agamanya berbanding mereka dengan menghidupkan malam dengan qiyamnya dan menjernihkan jiwa yang diserabuti oleh permasalahan politik dengan bacaan Al-Quran, istighfar dan munajat.

Dilihat, masjid surau tidak sepenuh medan ceramah poltik. Dilihat, bacaan Al-Quran tidak sehebat laungan takbir yang pekikkan. Bahkan ramai juga pejuang Islam yang kurang berkeupayaan membaca Kitab yang diperjuangkan dengan sebaik mungkin serta bertajwid.

Blog, kemudian jagi blogger. Seawal pagi sudah tidak duduk diam kalau tidak buka blognya atau TKO DD UO dan sebagainya.

Marilah kita menginsafi bahawa perjuangan Islam bukan sahaja diukur dengan kepetahan bercakap di pentas, kelicikan mengkritik di blog, dan sebagainya, tapi perjuangan Islam perlu ada keseimbangan antara poltik dengan taqarrub dengan Pencipta. Lihatlah bagaimana anak-anak didik Salahuddin alAyyubiy. Siang hari umpama singa dan malam harinya umpama pendita.

Hari ini, yang menganggap dirinya pejuang Islam, menghentam sahabatnya yang berbeza pendapat dengan ruangan blog. Blog mula menjadi sumber inspirasi. Tempat kritikan terbuka, makian, cercaan, hentaman, serangan, kutukan dan sebagainya. Mengapa demikian rupa? Tidak lain kerana paksi pegangan Al-Quran mula longgar. Sedangkan Al-Quran menegaskan :

وأمرهم شورى بينهم

"Dan urusan mereka adalah ditentukan melalui syura di antara mereka".

Dilihat Al-Quran bukan lagi menjadi sekurang-kurangnya POLIS TRAFIK untuk menyelesaikan kesesakan dan halatuju perjalanan di simpang permasalahan. BLOG sudah menjadi penggantinya.

Marilah kita perkasakan kembali saf perjuangan dengan menghubungjalinkan politik dengan pemantapan rohani yang berpaksikan ilmu dan tauhid serta taqarrub. Kalaulah kita boleh berlapar dengan berpuasa sunat kerana menuntut BUBAR DUN PERAK, mengapa tidak kita jadikannya (berpuasa sunat) salah satu ciri pejuang Islam. Mungkin kita boleh mulakan dengan Khamis setiap minggu atau Khamis sebulan sekali.

Rohani yang mantap mampu melihat masalah dengan senyuman. Masalah sebesar dan seberat batu batan Gunung Kinabalu dilihat umpama sebesar dan seberat kapas yang sama saiznya dengan Gunung Kinabalu.

Bagaimana mungkin itu berlaku kalau politik adalah semata-mata, Islam sudah menjadi mungkin nombor 2 atau nombor 3. Marilah kita berbeza pendapat dengan cara yang diajar oleh Islam dan menyelesaikannya dengan cara Islam. Buanglah ego buat sementara waktu dan kembali memperkasakan nilai diri dan saf perjuangan. Islam tidak akan menang dengan hanya kepintaran dan kesungguhan ketua tanpa pengorbanan pejuang.

sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan