assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Jamaah


Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011

Tempat ke2 Masjid terbaik Daerah Hulu Selangor 2011
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711

SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711

Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010

Rabu, 2 September 2009

Dengan bersedekah, bantuan Allah turun

Petikan wawancara Harakah dengan Ustaz Zahazan Mohamed

ANTARA yang Nabi amalkan untuk mempertingkatkan takwa ialah memperbanyakkan sedekah. Pertama, sedekah yang wajib iaitu zakat dan kedua sedekah yang sunat. Sedekah yang sunat ada banyak kelebihannya. Sekurang-kurangnya dalam sebuah hadis ada mengatakan walaupun dia bersedekah separuh daripada tamar ia diberi keampunan dan Allah menjauhkannya daripada neraka. Kita mengingatkan kepada seluruh umat Islam supaya rajin bersedekah kerana bersedekah ini menyebabkan bantuan Allah turun kepada kita.

Bukan sahaja Ramadan tetapi sepanjang waktu kita digalakkan bersedekah. Apabila anak-anak ingin menghadapi peperiksaan, kita ada berselisih faham dengan adik beradik, suami, isteri, anak-anak dan jiran tetangga, perkara ini dapat dirungkaikan dengan hubungan kita dengan Allah baik. Caranya ialah dengan melakukan serta mempertingkatkan sedekah serta beristiqamah.

Di sini kita perlu bagi penekanan, dalam hadis yang sahih Nabi bersabda: Orang yang memberi saudaranya berbuka puasa, menjadi penyebab berbuka puasa, dia akan mendapat pahala orang itu tidak kurang sedikit pun. dan pahala orang itu berterusan untuk dirinya.

Jika dilihat orang Islam hari ini sewaktu berbuka puasa, mereka terlalu mewah. Kadang-kadang ada yang membelanjakan RM3,000 untuk sekali berbuka puasa.

Sebenarnya perbelanjaan berbuka puasa tidaklah sebesar itu. Memadailah kita menyediakan buah kurma untuk dijamu seratus atau dua ratus orang. Kemudian sediakan air mineral yang cukup baik untuk berbuka puasa. Kita menjadi penyebab untuk mereka berbuka puasa.

Tetapi kita tidaklah menghalang orang yang mempunyai harta yang ingin menderma menjamu makanan mewah. Sekali sekala tidak mengapa. Tetapi jika memperuntukkan wang yang begitu banyak untuk meraikan orang-orang yang kelaparan dan kebuluran, saya rasa cara itu kurang tepat.

Sewajarnya kita memahami maksud hadis keutamaan kepada golongan miskin yang perlukan wang dan bukannya makan banyak. Dalam tasawwur juga mengatakan, makan banyak menyebabkan mata hati kita terkunci. Kemudian amalan Nabi di bulan Ramadan ini juga membantu golongan yang susah (Shahrul Muasa).

Shahrul Muasa ialah bulan untuk kita membantu golongan yang dalam kesusahan. Membantu golongan susah bukan hanya dengan kita membantu mereka dengan duit tetapi kita membantu mereka keluar daripada kemiskinan.

Contohnya kita menyalurkan ilmu yang ada untuk membantu golongan yang susah berniaga, belajar menjahit dan membuat kuih. Ini bermaksud kita memberi mereka joran untuk mereka menangkap ikan. Dan ini dipanggil Shahrul Muasa iaitu kita menunjuk jalan keluar kepada mereka yang terdesak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan