Email Oleh : mohd naim mohd zain
Oleh MOHD. ALI MUHAMAD DON
KETENTUAN sama ada menjadi ahli syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah SWT. Tiada makhluk yang boleh menjangkaui bidang kuasa tersebut.
Hanya Nabi Muhammad SAW yang pernah dimaklumkan mengenai 10 sahabatnya yang bakal mengecapi kemuliaan itu. Hanya mereka diberi jaminan syurga sedangkan orang lain perlu bergantung kepada rahmat-Nya.
Bagaimanapun al-Quran sebagai kitab pedoman sepanjang zaman telah menjelaskan dengan terperinci golongan yang bakal mendapat rahmat-Nya dan dipilih ke syurga.
Pertama, mereka yang memelihara dan khusyuk dalam sembahyang. Ini adalah tugas berat yang memerlukan akidah dan keimanan untuk melaksanakannya. Seseorang itu perlu mengosongkan jiwa daripada perkara selain di samping berusaha meletakkan diri dalam situasi benar-benar sedang menghadap Allah SWT untuk mendapat khusyuk.
Imam al-Ghazali dalam Ihya Ulumuddin mencadangkan supaya bersolat dengan memejamkan mata, menundukkan wajah ke tempat sujud, sembahyang di ruangan yang gelap dan berhampiran dengan dinding agar terhad pandangan. Elakkan daripada solat di jalanan atau kawasan tumpuan ramai untuk memudahkan khusyuk semasa solat.
Kedua, menjauhkan diri daripada perkara sia-sia. Menurut Imam Ibnu Kathir dalam tafsirnya, perkara itu meliputi perbuatan syirik dan maksiat kepada Allah SWT. Sehubungan itu, individu Muslim yang mendambakan syurga mesti berusaha menjauhi perbuatan syirik dan khurafat.
Lebih membimbangkan, pada zaman ini terdapat segelintir umat Islam yang tidak kekok melakukan dosa malah berbangga kerana melakukannya.
Ketiga, kita perlu membersihkan harta dengan menunaikan zakat. Kewajipan ini disyariatkan untuk membantu golongan yang memerlukan. Ia juga berupaya mengurangkan jurang perbezaan miskin dan kaya.
Amalan ini ada ketikanya sukar ditunaikan memandangkan naluri manusia yang cinta kepada harta. Oleh itu, nikmat syurga adalah balasan setimpal bagi yang sedia berkorban mengenepikan hartanya ke jalan Allah SWT.
Perkara keempat ialah menjaga kehormatan diri. Ini termasuk berusaha agar tidak melakukan maksiat terutama menghampiri zina. Jika amalan ini dibiarkan berleluasa, ia akan memberi kesan negatif kepada individu, masyarakat dan negara. Lihat sahaja isu buang bayi yang tiada penghujungnya.
Ia masalah kritikal umat Islam khususnya di negara kita yang memerlukan penyelesaian segera berpandukan ajaran agama.
Kelima, golongan yang sentiasa menunaikan janji dan menjaga amanah. Ini adalah akhlak mulia yang perlu dimiliki oleh setiap individu Muslim. Malah Nabi Muhammad SAW sendiri pernah melabelkan golongan yang tidak punya sifat ini sebagai munafik. Ini berdasarkan sabda Baginda: "Tanda munafik itu ada tiga; apabila bercakap dusta, apabila berjanji dimungkiri dan apabila dipertanggungjawabk an dengan amanah dikhianati."
Kegagalan umat Islam menghiasi diri dengan akhlak ini juga mengundang gejala rasuah yang jijik dan merosakkan negara secara umumnya.
Sebagai kesimpulan untuk masuk syurga setiap individu muslim selayaknya mempereratkan hubungan dengan Allah SWT melalui ibadah yang berkualiti, hubungan dengan sesama manusia melalui konsep amal ijtimai' dan memelihara kehormatan diri dengan mengelak melakukan hubungan terlarang yang menjatuhkan maruah
Sandaran kepada pernyataan ini adalah firman Allah: "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali kepada isterinya atau hambanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang yang melampaui batas. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain daripada itu, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyang. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya". (Surah al-Mukminun ayat 1-11).
Semua umat Islam diseru mengharap nikmat syurga dan terhindar daripada api neraka dengan berdoa memohon kepada Allah.
Insya-Allah dengan mendekati Allah menerusi garis panduan yang ditetapkan di dalam al-Quran dan hadis, maka kita akan beroleh rahmat-Nya. Allah menjanjikan syurga kepada mereka yang mendapat rahmat-Nya tetapi untuk mendapatkan rahmat itu, kita juga perlu mendekati dan mematuhi perintah-Nya.
PENULIS ialah Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM Johor Bahru
;
;
MASJID AR-RAHMAH, Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Sdr. Wan Hairul Anuar (Nazir) - 019 335 0466
2- Sdr. Norhisham (Bendahari) - 019 213 1405
3- Affin Islamik Bank (Rawang) - Acc. No. 105430000711
SURAU AL-IKHWAN, Bdr. Sg. Buaya
Sangat memerlukan dana bagi menampung pengajian , maintanence dan pembangunan demi kelangsungan agenda pengislahan dan dakwah kami :
Disalur terus :
1- Tn. Hj. Abd. Rahman (Pengerusi) - 019 303 7383
2- Sdr. Yazid Adam (Bendahari) - 013 609 2972
3- Bank Muamalat (Rawang) - Acc. No. 12010000718711
Kuliah Maghrib Bulanan Masjid Ar-Rahmah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Awang Mamat (JAKIM) setiap Isnin minggu ke 3 setiap bulan bermula malam ini Isnin 18.10.2010
Selasa, 1 September 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan